Saturday, October 10, 2020

Kemas Kini : Penyelenggaraan dan Pembinaan Semula

Pada 17 Jun yang lalu, kerja penyelenggaraan dan bina semula dijalankan (disenaraiputihkan) bagi membuat perubahan yang besar pada pelayan ini, terutamanya dari pembangunan ruang legar, permainan mini dan ciri permainan yang lain.

Pada bulan yang sama sebelum penyelenggaraan dilaksanakan, maksimum pemain yang menyertai pelayan ini ialah 10 orang sahaja. (tidak dikira sebagai pemain serentak)

Graf yang menunjukkan maksimum pemain yang menyertai pelayan kami sepanjang tahun

Dalam penyelenggaraan ini, kami terpaksa untuk menetapkan semula semua data pemain (termasuk pangkat, wang, homes dan inventori) seperti yang pernah dilakukan pada bulan-bulan yang lepas.

Tatkala penyelenggaraan sedang dijalankan, berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanyakan oleh pemain :

Mengapa mengambil terlalu lama untuk menyelenggara dan bina semula?
Beberapa kakitangan kami telah letak jawatan, hanya berbaki beberapa kakitangan dalam talian sahaja maka ia mengambil 2-3 bulan.

Dimanakah pengasas pelayan (ErenTBD) sekarang?
Dikatakan dia telah menyambung pelajaran di politeknik dan berhenti dalam memajukan pelayan ini.

Apakah hosting yang digunakan untuk menjalankan pelayan ini?
Pelayan Minecraft Bedrock ini masih menggunakan hosting LEET. Meskipun spesifikasi pelayan tersebut agak rendah, ia tidak menjadi masalah untuk memberikan gameplay yang lancar dan menarik.

No comments:

Post a Comment